Wednesday 15 October 2014

Ultaman Cosmos

Belajar upload video-Upin Ipin

           

PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT



DEFINISI DATA
  • Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambar.
  • Data boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.
DEFINISI MAKLUMAT
  • Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
  • Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.


Tuesday 14 October 2014

MODUL 1 : JENIS-JENIS RANGKAIAN

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :
  • Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
  • Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
  • Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)
Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network -LAN)


  • Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
  • Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN-
    • Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
    • Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
  • Cara pemasangan
    • Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)


  • Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. 
  • WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
  • Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
  • Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.
Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
  • Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
  • Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
  • Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.
Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal area Network - PAN)  


  • Rangkaian PAN digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat komunikasi di antara peranti komputer.
  • Meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular. 
  • PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan Bluetooth
Rangkaian Network Maya/ Virtual Private Network (VPN)

  • Rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat anatar ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain. 
  • Menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.
  • Pengguna: Bank dan syarikat berskala besar.

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)
  • WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod.
  • Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE  

WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

  • ViMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WIFI.
  •  WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu; 
     
    1.      Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit
    2.      Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.










     

MODUL 1: PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

PENGENALAN
 
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
 
Definasi Rangkaian
Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
 
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
 
    • Berkongsi Fail

    • Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
       
    • Menimdahkan Fail

    • Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
       
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

    • Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
       
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

    • Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
       
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll

    • Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
       
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

    • Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Gambar Rangkaian Komputer


Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog TMK tahun 5 SKKBTD