PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa
tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang
demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam
memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat.
Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer
peribadi melaui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa
(Internet).
Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih
perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara
operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak
dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat
dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit.
- Berkongsi Fail
- Menimdahkan Fail
- Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
- Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
No comments:
Post a Comment